Senin, 23 Desember 2019

Bumi Tidak Menerima Mayat Mustafa Kamal Ataturk

Bumi Tidak Menerima Mayat Mustafa Kamal Ataturk

Gambar: Kamal Ataturk

Bumi Tidak Menerima Mayat Mustafa Kamal Ataturk

Tentu anda semua pernah mendengar nama dan kisah Mustafa Kamal Atatürk bukan?

Bagi yang kurang mengetahui tentang kisah beliau, entri kali ini ingin menyelongkar kehidupan Mustafa Kamal Atatürk yang telah banyak merosakkan agama Islam.
Mustafa Kamal Ataturk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama. Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmad sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I.
Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin. Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu.
Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki. Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.
Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular, positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934.
Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Kematian Mustafa Kamal Atatürk Yang Penuh Azab

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.
Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.
Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang.
Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan sembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan sembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.
Makam Mustafa Kamal Ataturk

Inilah binaan marmar yang menepatkan mayat Mustafa Kamal Ataturk selepas bumi tidak menerima jasadnya.

Kerosakan Yang Telah Dibuat Atarturk

Disebalik kematian beliau yang sungguh tragis itu, sebenarnya semasa hayatnya beliau telah melakukan pelbagai – bagai kerosakan terhadap agama Islam di Turki khususnya.
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
Al Quran yang diarah Mustafa Kamal Ataturk ditulis dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
Patung Kamal Ataturk
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun.
Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?”
Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan”
Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.Perginya Khalifah Uthmaniyah terakhir yang tidak menjual walau seinci pun bumi Palestin walaupun telah ditawarkan berbilion dolar oleh pertubuhan Yahudi sedunia.
Begitulah Hayat hidup seorang pengkhianat agama, telah ditunjukkan kekuasan oleh Allah dan diberi pembalasan sebelum hari Akhirat lagi.
Semoga kita dilindungi dari dari segala dugaan dan dilindungi dibawah rahmat Allah SWT.
Wallahualam.
Kredit/Sumber: detikislam.blogspot.com

Minggu, 15 Desember 2019

Air Wuduk Sayyidah Nafisah Menyembuhkan Penyakit Lumpuh

Air Wuduk Sayyidah Nafisah Menyembuhkan Penyakit Lumpuh

Makam Sayyidah Nafisah di Kaherah, Mesir

Air Wuduk Sayyidah Nafisah Menyembuhkan Penyakit Lumpuh 

Sayyidah Nafisah dilahirkan pada tahun 145 Hijrah. Beliau merupakan anak kepada Sayyidina Hassan bin Ali bin Abi Talib, iaitu cicit kepada Nabi s.a.w. Sayyidah Nafisah dinikahkan dengan Mu’tamin bin Ja’far As Siddiq yang juga merupakan keturunan Rasulallah s.a.w. Setelah berkahwin dengan suaminya, beliau telah mengikuti suaminya ke Mesir.

Sayyidah Nafisah adalah seorang yang sangat kuat beribadah kepada Allah. Siang hari dia berpuasa sunat sedangkan pada malamnya dia bertahajjud menghidupkan malam dengan berzikir dan membaca Al Quran. Dia sungguh zuhud dengan kehidupannya. Hatinya langsung tidak terpaut dengan kehidupan dunia yang menipu daya. Jiwanya rindu dengan syurga Allah dan sangat takut dengan syurga Allah. Disamping itu Sayyidah Nafisah sangat taatkan suaminya. Beliau sangat mematuhi perintah suami dan melayan suaminya dengan sebaik-baiknya.
Terlalu banyak kisah mengenai kehebatan Sayyidah Nafisah, yang merupakan seorang wali wanita yang dapat menjadi contoh kepada wanita di akhir zaman ini. Diantaranya, semasa di Mesir, jirannya adalah seorang yahudi. Anak perempan mereka lumpuh. Suatu hari siibu hendak pergi ke satu tempat, sedangkan suaminya tiada di rumah. Lalu siibu mencadangkan agar anaknya itu tinggal sementara waktu di rumah Sayyidah Nafisah. Sianak bersetuju, lalu dihantar ke rumah Sayyidah Nafisah yang sememangnya sangat menghormati tetamu. Anak wanita yahudi itu diletakkan di satu sudut di rumah Sayyidah Nafisah, dan ketika itu azan pun berkumandang menandakan masuk waktu sembahyang.
Sayyidah Nafisah yang menunggu waktu solat meminta kebenaran tetamunya untuk segera bersolat. Sayyidah Nafisah lalu dihadapan anak wanita Yahudi yang lumpuh itu untuk mengambil wudhuknya. Setelah selesai, beliau lalu lagi dihadapan anak wanita yahudi tersebut dan air wudhu Sayyidah Nafisah jatuh dihadapannya. Lalu datanglah ilham kepada anak yahudi yang lumpuh itu untuk menyapu air wudhu Sayyidah Nafisah yang jatuh itu ke kakinya. Dengan izin Allah, kakinya yang lumpuh itu bergerak-gerak dan terasa boleh berjalan, sedangkan Sayyidah Nafisah tetap khusyuk mengerjakan solat.
Kemudian, terdengarlah pula ibunya telah balik dan mengetuk pintu, sedangkan di waktu itu Sayyidah Nafisah masih lagi mengerjakan solat. Anak perempuan Yahudi itu memberanikan diri dengan berdiri dan ternyata dia mampu berdiri setelah menyapukan air wudhu Sayyidah Nafisah yang jatuh di hadapannya. Dia membuka pintu dan memeluk ibunya. Ibunya sangat terkejut, dan bertanya apa yang telah terjadi, anak wanita Yahudi yang lumpuh itu menceritakan segala-galanya. Air wudhuk Sayyidah Nafisah yang jatuh dihadapannya itu telah menjadi penawar untuk menyembuhkan sakit lumpuh yang telah dialaminya sekian lama. Menangislah si ibu mendengarkan hal yang sangat ajaib itu. Lalu dia mendapatkan Sayyidah Nafisah, dan memeluknya seraya berkata: “Aku mengaku bahawa engkau adalah cucu Rasulullah dan datukmu itu adalah Rasul Allah dan Allah adalah Tuhan sekalian alam.” Islamlah perempuan Yahudi tersebut. Melihatkan hal tersebut Sayyidah Nafisah memberitahu itu semua adalah kehendak dan izin Allah semata-mata.
Wanita Yahudi dan anaknya yang telah Islam itu kembali ke rumahnya dan bertemu pula dengan suaminya yang bernama Ayub. Dan dia sangat terkejut melihatkan anaknya telah boleh berjalan. Mendengarkan penjelasan dari isteri dan anaknya, Ayub menadah tangannya lalu berkata:
” Maha suci engkau ya Allah ! Engkau sesatkan orang yang engkau kehendaki dan engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang engkau kehendaki. Demi Allah, benarlah agamamu ini.”
Sejak itu Ayub dan keluarganya Islam, maka kemudian ramailah orang-orang Yahudi yang menjadi kenalan Ayub pula Islam, setelah mendengar kisah Ayub dan keluarganya.
Demikianlah salah satu dari kisah yang sangat menyentuh perasaan bagaimana dengan air wudhunya sahaja Sayyidah nafisah telah mengislamkan berapa ramai orang. Hal yang demikian adalah dengan kehendak Allah jua. Sayyidah Nafisah adalah seorang yang terkenal zuhud dan mengasihi manusia yang lain. Pernah satu ketika, beliau menerima wang sebanyak 1000 dirham dari raja untuk keperluan dirinya. Beliau telah membahagikan wang tersebut kepada fakir miskin sebelum sempat memasuki rumahnya. Wang hadiah dari raja itu sedikit pun tidak diambilnya untuk kepentingan dirinya. Semuanya disedekahkan kepada fakir dan miskin. Demikianlah dermawannya sayyidah Nafisah terhadap fakir miskin.
Sayyidah Nafisah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 208 hijrah sewaktu sedang membaca Al Quran dan sedang berpuasa. Beliau telah dikuburkan di dalam kubur yang telah dibinanya sendiri di dalam rumahnya. Kubur yang dibinanya itu adalah untuk beliau sentiasa mengingatkan akan kematian. Sewaktu disembahyangkan sangat ramai orang yang menghadirinya. Sehingga kini maqamnya diziarahi oleh pengunjung dari seluruh pelusuk dunia. Demikian kehebatan yang Alah anugerahkan kepada Sayyidah Nafisah Al Hassan yang terkenal dengan kewarakan kepada Allah dan ketaatannya kepada suami. Semoga ianya menjadi contoh buat genarasi wanita akhir zaman ini.
Wallahualam.
Kredit/Sumber: mukmin.com.my

Nabi Idris AS Menikam Mata Iblis

Nabi Idris AS Menikam Mata Iblis

Nabi Idris AS Menikam Mata Iblis

Sepanjang hidupnya, Nabi Idris as terkenal sangat takwa dan saleh. Hal ini tentu saja membuat setan dan iblis menjadi iri hati. Dikisahkan pada suatu hari Nabi Idris as sedang menjahit baju sambil duduk, sekonyong-konyong tanpa jelas arah datangnya, muncul seorang pria di depan pintu rumahnya dengan memegang telur di genggaman tangannya.

Pria itu adalah Iblis yang sedang menyamar untuk menggoda Nabi Idris a.s. Pria itu pun berkata:
“Ya Nabiyullah, sanggupkah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini? Nabi Idris as dengan kepandaiannya sekilas sudah dapat mengetahui bahwa lelaki yang datang itu dan sedang berada di hadapannya adalah iblis laknatullah yang sedang menyamar.
Nabi Idris as berkata, “Kemarilah, dekatlah denganku dan tanyalah yang engkau ingin tanyakan.” Iblis menduga bahwa ia telah mampu menyamar dengan baik dan menipu Nabi Idris a.s. Kemudian iblispun mendekati Nabi Idris a.s dengan perasan senang karena menyangka penyamarannya tidak diketahui oleh Nabi Idris a.s.
Iblis berkata,“Bisakah Tuhanmu memasukkan dunia ke dalam telur ini?” tanya iblis. Nabi Idris a.s pun menjawab dengan penuh keyakinan, “Jangankan memasukkan dunia ke dalam telur sebesar ini, memasukkannya ke dalam lubang jarumku ini pun Tuhanku berkuasa melakukannya”, jawab Nabi Idris as.
Dengan secepat kilat Nabi Idris as langsung menusukkan jarumnya ke mata iblis tersebut dan mengenai matanya. Iblis pun seketika menjerit kesakitan dan sangat terkejut. Tidak menyangka bahwa Nabi Idris a.s ternyata mengetahui penyamaran dan tipu dayanya. Mata iblispun menjadi buta dan seketika langsung lari tunggang langgang hingga menghilang dari pandangan Nabi idris a.s.
Kredit/Sumber: pondokislami.com

Kamis, 05 Desember 2019

Pencuri yang Dicuri

Pencuri yang Dicuri

Suatu hari seorang pencuri masuk ke rumah Malik bin Dinar. Ia mencari-cari barang berharga namun tidak didapatkannya. Di tengah pencariannya, Malik bin Dinar datang tanpa takut dan malah berkata,
“Kamu tidak punya perhiasan dunia sampai-sampai kamu harus mencuri. Apakah kamu juga tidak ingin perhiasan akhirat ?”
“Tentu aku mau” jawab pencuri.
Maka sepanjang malam itu, Malik bin Dinar menasehati pencuri dari hati ke hati. Ketika subuh berkumandang, mereka berdua menuju masjid untuk menunaikan shalat.
Orang-orang dibuat heran sekaligus takjub dengan perbuatan Malik bin Dinar yang berjalan bersama pencuri (karena pencuri itu memang terkenal di kota sehingga orang-orang mengetahuinya), kemudian Malik menjawab mereka,
“Dia datang untuk mencuri, maka aku mencuri hatinya.”
Sumber : Kitab Siyaar A’laam An Nubalaa’
Terjemah : instagram.com/gen.saladin
Arloji Tua

Arloji Tua

“Nak, arloji milikku ini adalah warisan dari kakek buyutmu, usianya lebih dari 200 tahun. Sebelum ayah mewariskan kepadamu, ayah mau kamu bawa arloji tua ini ke toko jam seberang jalan itu. Katakan kepada pemilik toko bahwa kamu mau menjualnya. Tanya harganya berapa.”
Sang anak pergi dan tidak lama kemudian kembali lalu berkata, “Pemilik toko itu bilang, bahwa harganya cuma 5 dollar, karena itu adalah arloji tua.”
Kemudian ayah berkata, “Sekarang coba kamu bawa arloji ini ke toko barang-barang antik dan tanyakan harganya.”
Si anak pergi lalu kembali dan berkata, “Pemilik toko bilang, harga arloji ini mencapai 5.000 dollar.”
Sang ayah berkata, “Sekarang pergi ke museum dan katakan kepada mereka bahwa kamu akan menjual arloji tua ini.”
Si anak pun pergi lalu kembali dan berkata, “Mereka mendatangkan pakar arloji untuk memperkirakan harganya, lalu mereka menawar 1 juta dollar untuk arloji ini.
Si ayah berkata, “Nak, aku sedang mengajarkanmu bahwa kamu akan dihargai dengan benar ketika kamu berada di lingkungan yang tepat.
Oleh karena itu, jangan pernah kamu tinggal di tempat yang salah lalu marah karena tidak ada yang menghargaimu. Karena mereka yang mengetahui nilai kamu akan selalu menghargaimu.
Maka jangan pernah bergaul di tempat yang tidak layak untukmu.
Kisah Perjalanan Hidup Pemain Sepakbola Dunia Paul Pogba

Kisah Perjalanan Hidup Pemain Sepakbola Dunia Paul Pogba

Paul Labile Pogba, lahir pada 15 Maret 1993, di in Lagny-sur-Marne, Perancis. Ia lahir dari pasangan Fassou Antoine dan Yeo Moriba. Kedua orang tua Pogba merupakan pasangan muslim yang tinggal di Conakry, Guinea, sebelum Pogba lahir. Mereka akhirnya pindah ke Perancis karena alasan kemiskinan yang melanda Afrika saat itu. Di Perancis, orang tua Pogba merupakan beberapa dari sekian banyak orang Afrika yang bermigrasi ke Eropa di awal 1990an.

Pogba memiliki dua kakak laki-laki yang memutuskan untuk tetap tinggal di Guinea dalam beberapa tahun, sebelum akhirnya ikut pindah ke Perancis.

Ayah Pogba merupakan orang yang baik namun tak terlalu peduli dengan hobi anak-anaknya. Ketika di sekolah dulu, Pogba merupakan salah satu murid yang sangat terobsesi dengan sepakbola. Akan tetapi, sang ayah tak menindaklanjuti kegemaran putra nya itu. Hingga pada akhirnya ibunya lah yang benar-benar peduli kepada hobi dan kegemaran anak-anaknya.

Di usia 6 tahun, Pogba bergabung dengan tim pertamanya, US Roissy-en-Brie, yang mana letaknya beberapa mil dari tempat tinggalnya. Berkat panduan dari ibunya, Pogba tumbuh menjadi anak yang pandai dalam mengolah si kulit bundar. Kemampuannya meningkat pesat dan tujuh tahun setelahnya, ia bergabung dengan akademi professional pertamanya, yaitu US Torcy.

Belum lama setelah bergabung dengan US Torcy di usia 13 tahun, Pogba langsung ditunjuk sebagai kapten tim, hingga pada akhirnya bergabung dengan Le Havre.

Di Le Havre, Paul Pogba mendapat lebih banyak perhatian. Dirinya mulai diminati oleh klub-klub Eropa lainya.

Secara mengejutkan, Manchester United melayangkan tawaran kepada Paul Pogba tepat di tahun 2009. Kejadian itu sempat menjadi sedikit kontroversi karena United mendekati Pogba tanpa sepengetahuan pihak klub.

Manchester United disinyalir membawa Pogba secara tidak sah ketika masih berusia 16 tahun dari kesebelasan asal Prancis itu. Manchester United mendapatkan Pogba tanpa melalui Le Havre, melainkan langsung pada orang tua Pogba. Kedua orang tua Pogba diiming-imingi uang yang sangat besar agar Pogba dan keluarganya bersedia pindah ke Manchester, dan tentunya agar Pogba bisa membela Man United.

Namun, Le Havre memilih untuk tidak menindaklanjuti kasus ini, Paul Pogba pun bergabung dengan Manchester United di tahun 2009. Pogba bergabung dengan tim muda Mnachester United dengan durasi kontrak dua tahun, yakni mulai dari 2009 hingga 2011.

Pada bulan Oktober 2009, Pogba memulai debutnya bersama tim muda setan merah. Bersama United, Pogba menampilkan permainan yang sangat gemilang.

Dan pada Februari 2011, Pogba masuk kedalam skuat Manchester United U18, yang mana ia dan teman-teman nya berhasil memenangkan gelar ‘Youth Cup’ pada Januari 2012.

Tahun 2012, Pogba memiliki masa-masa yang tak akan pernah dilupakan di Manchester United. Ia mengejutkan banyak pihak karena menolak kontrak yang disodorkan oleh United. Setelah ditelusuri, ternyata Pogba memiliki masalah pribadi dengan Sir Alex Ferguson.

Tak berselang lama, dirinya pun terbang ke Italia untuk bergabung dengan Juventus.

Juventus mendapatkan Pogba dengan status bebas transfer dari Manchester United pada musim panas 2012. Ketika Ferguson menjadi manajer favorit banyak pemain bahkan bagi Cristiano Ronaldo, Pogba adalah pengecualian. Secara terang-terangan, Pogba mengatakan alasan utama ia hengkang dari Manchester United adalah karena faktor Ferguson.

Pogba merasa tak dihargai oleh Ferguson, ia merasa tak dianggap. Bahkan, pada suatu waktu, Ferguson benar-benar mempersilahkan Pogba untuk pergi.

Sementara itu, Ferguson sendiri berdalih bahwa kepergian Pogba dari Manchester United lebih karena ulah agen Pogba, Mino Raiola. Menurut Ferguson, Raiola melanggar kesepakatan tentang Pogba yang harusnya bertahan satu tahun lebih lama.

Menjalani musim pertamanya bersama Juventus, Pogba menunjukkan penampilan yang impresif. Dia sukses menjalankan perannya sebagai gelandang saat membantu Juve dalam mengarungi kompetisi Liga Champions Eropa dan Serie A Italia. Dan tepat pada Desember 2013, dirinya meraih penghargaan ‘Golden Boy’, sebuah penghargaan yang ditujukan untuk pemain muda berbakat di Eropa.

Bahkan, tepat pada Januari 2014, Pogba masuk kedalam list pemain muda paling menjanjikan versi The Guardian.

Di Juventus, ia menjelma menjadi sosok penting dalam tim. Pogba menjadi pemain kunci Si Nyonya Tua dalam memenangi beberapa gelar Serie A beruntun. Berkat kepiawaiannya dalam mengolah si kulit bundar dengan menggunakan kaki panjangnya, Pogba mendapat julukan sebagai Paul Si Gurita.

Dan pada bulan Oktober 2014, Pogba masuk dalam nominasi penghargaan Ballon D’or. Saat itu, dirinya menjadi pemain termuda yang pernah masuk dalam nominasi bergengsi itu.

Musim gemilang Pogba bersama Juventus pun berlanjut. Dia berhasil membantu Juve dalam meraih gelar juara Serie A tahun 2015 dan membawa tim terkuat Italia itu melaju hingga partai puncak Liga Champions Eropa. Di tahun tersebut, Pogba masuk kedalam salah satu pemain terbaik Eropa atau UEFA Team Of The Year.

Merasa puas dengan Juventus, Pogba membuat keputusan mengejutkan di tahun 2016. Remaja Prancis itu mengumumkan bahwa ia telah menjalin kontrak dengan klub lamanya, Manchester United. Saat itu Pogba diboyong ke Old Trafford dengan mahar sebesar 89,3jt euro, atau menjadi pemain paling mahal sejagad raya.

Bersama Manchester United, Pogba sukses membawa tim berjuluk setan merah itu masuk kedalam final EFL Cup, dan pada bulan Mei 2017, dia berhasil membawa United memenangi gelaran UEFA Europa League.

Setelah itu, Pogba dipanggil timnas Perancis U20 dalam menjalani turnamen piala dunia U20. Bersama Perancis, ia ditunjuk sebagai kapten dan berhasil memimpin kawan-kawannya dalam memenangi gelaran akbar tersebut.

Pogba juga menjadi bagian dari skuat Perancis di Piala Dunia 2014 dan berhasil meraih penghargaan pemain muda terbaik.

Petualangannya bersama Timnas Perancis sempat dinodai dengan kekalahan di final Piala Eropa melawan Portugal yang mana Perancis bertindak sebagai tuan rumah. Meski begitu, Pogba dan rekan-rekannya berhasil bangkit dan suskes menjadi jawara dunia pada gelaran Piala Dunia 2018 yang diselenggarakan di Russia.

Di kehidupan pribadinya sendiri, Pogba menjalin hubungan dengan model cantik. Akan tetapi, ia sempat mendapat masalah dengan beberapa tetangga nya. Menyusul hal tersebut, sang agen menolak keras berita buruk tentang klien nya itu.

Saat ini, Pogba menjadi salah satu pemain terbaik dunia. Di usianya yang masih muda, dirinya bisa saja memenangkan berbagai gelar bergengsi lainnya.[SE]

Selasa, 03 Desember 2019

10 Orang Sahabat Rasulullah SAW Yang Dijamin Syurga

10 Orang Sahabat Rasulullah SAW Yang Dijamin Syurga

10 Orang Sahabat Rasulullah SAW Yang Dijamin Syurga

Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah an-Najm, ayat 3-4: “Tidaklah apa yang diperkatakan olehnya (Muhammad) berdasarkan hawa nafsu, tetapi (segala ucapannya, perbuatannya) adalah berdasarkan wahyu yang diwahyukan kepadanya,” segala ucapan Rasulullah SAW yang dinilai sahih oleh para ulama Ahlus Sunnah wal Jama’ah dari segi sanad dan matannya adalah daripada wahyu Allah SWT.
Hadith yang menyatakan berkenaan 10 orang sahabat Rasulullah SAW yang dijamin syurga terdapat di dalam Kitab Musnad Imam Ahmad ibni Hanbal, Kitab Sunan at-Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah yang diriwayatkan daripada dua orang sahabat yang juga merupakan dua orang sahabat yang tergolong dalam golongan tersebut iaitu ‘Abdul Rahman bin ‘Auf RA dan Sa’id bin Zaid RA. Lafaz hadith tersebut ialah ucapan Rasulullah SAW: “Abu Bakar (as-Siddiq) di syurga, ‘Umar (bin al-Khattab) di syurga, ‘Uthman (bin ‘Affan) di syurga, ‘Ali (bin Abi Talib) di syurga, Talhah (bin ‘Ubaidillah) di syurga, Zubair (bin al-‘Awwam) di syurga, ‘Abdul Rahman bin ‘Auf di syurga, Sa’ad bin Abi Waqqas di syurga, Sa’id bin Zaid di syurga dan Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah di syurga.”
Hadith tersebut dinilai sahih oleh para ulama muhaddithin Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Berikut merupakan 10 Orang Sahabat Rasulullah SAW Yang Dijamin Syurga.

1. Abu Bakar as-Siddiq RA

Nama sebenar beliau ialah ‘Abdullah bin Abi Quhafah ‘Uthman bin ‘Amir bin ‘Amru bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taym bin Murrah daripada keluarga kabilah Bani Taym. Kedua-dua susurgalur nenek moyang belah ayah dan ibunya bertemu pada moyang Rasulullah SAW yang bernama Murrah bin Ka’ab. Abu Bakar adalah nama gelarannya yang popular sejak zaman sebelum beliau memeluk Islam lagi. Beliau dua tahun lebih muda daripada Rasulullah SAW. Beliau digelar “as-Siddiq” yang bermaksud “orang yang sering membenarkan” kerana beliau adalah salah seorang sahabat yang sentiasa membenarkan segala kata-kata Rasulullah SAW sejak pengutusan baginda sebagai seorang rasul tatkala semua kaum musyrikin Makkah mendustakan kata-kata baginda terutamanya ketika peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
Dalam kalangan para sahabat, beliau merupakan orang lelaki dewasa pertama yang memeluk Islam di hadapan Rasulullah SAW. Kerjanya adalah berniaga. Beliau bukan sahaja sahabat Rasulullah SAW yang paling akrab, bahkan beliau juga merupakan bapa mertua baginda apabila baginda dikahwinkan dengan puterinya yang bernama ‘Aisyah RA. Seperti bapanya, ‘Aisyah RA juga merupakan sahabat yang paling disukai oleh Rasulullah SAW selain merupakan isteri kesayangan baginda dalam kalangan Ummahatul Mukminin selepas Khadijah RA meninggal dunia.
Abu Bakar as-Siddiq RA sentiasa berkorban jiwa dan harta benda demi kepentingan perjuangan Islam. Beliau menggadai nyawa menemani Rasulullah SAW berhijrah berdua ke Yathrib (Madinah) walaupun mereka berdua menjadi buruan kaum musyrikin Makkah sehingga hampir dijumpai di Gua Thur. Peristiwa tersebut dirakamkan oleh Allah SWT di dalam al-Qur’an dalam Surah at-Taubah ayat 40. Sewaktu kempen Peperangan Tabuk, beliau telah menginfaqkan kesemua harta bendanya bagi tujuan membiayai ekspedisi ketenteraan tersebut.
Selepas kewafatan Rasulullah SAW, beliau dilantik sebagai khalifah pertama umat Islam atas permuafakatan para sahabat dengan memakai gelaran Khalifatur-Rasul. Ketika zaman pemerintahannya, golongan murtad, golongan yang enggan membayar zakat dan golongan nabi palsu diperangi habis-habisan terutamanya dalam Peperangan Yamamah. Pada zaman pemerintahannya jugalah, al-Qur’an mula dihimpunkan menjadi satu mushaf.
Tiada seorang sahabat yang beramal ibadat lebih daripada Abu Bakar RA. Dalam satu hadith sahih, diceritakan bahawa ketika para sahabat ditanya oleh Rasulullah SAW pada pagi hari tentang siapa yang sedang berpuasa, siapa yang telah memberi makan orang miskin, siapa yang telah mengiringi jenazah dan siapa yang telah melawat orang sakit pada hari tersebut. Abu Bakar RA mengatakan kepada Rasulullah SAW bahawa beliau telah melakukan semua perkara tersebut pada pagi hari tersebut. Ramai para sahabat memeluk Islam hasil daripada dakwah beliau seperti ‘Uthman bin ‘Affan RA, Talhah bin ‘Ubaidillah RA, Zubair bin al-‘Awwam RA dan Sa’ad bin Abi Waqqas RA. Beliau meninggal dunia selepas dua tahun memerintah sebagai khalifah umat Islam yang pertama.

2. ‘Umar bin al-Khattab RA

Salasilah penuh beliau ialah ‘Umar bin al-Khattab bin Nufayl bin ‘Abdul ‘Uzza bin Ribah bin ‘Abdullah bin Qart bin Razah bin ‘Adi bin Ka’ab daripada keluarga ayahnya kabilah Bani ‘Adi. Susurgalur nenek moyang belah ayahnya bertemu pada Ka’ab bin Luaiy. Ibunya adalah daripada kabilah Bani Makhzum. Usia beliau 13 tahun lebih muda daripada Rasulullah SAW. Berlainan dengan sifat Abu Bakar as-Siddiq RA yang lemah lembut, ‘Umar RA terkenal dengan sifat tegasnya sehingga terdapat sepotong hadith sahih daripada Rasulullah SAW menyatakan bahawa syaitan sendiri tidak akan melalui jalan yang dilalui oleh ‘Umar RA kerana takut bertembung dengannya. Sebelum memeluk Islam, ‘Umar RA adalah salah seorang penentang keras para sahabat yang memeluk Islam ketika itu. Dengan keislaman ‘Umar dan Hamzah bin ‘Abdul Mutalib RA, kekuatan umat Islam bertambah kuat ketika itu. Selain gelaran Abu Hafs, ‘Umar RA juga terkenal dengan gelaran “al-Faruq” yang bermaksud pemisah antara perkara yang benar dengan yang batil.
‘Umar RA juga merupakan bapa mertua kepada Rasulullah SAW apabila puterinya, Hafsah RA yang menjadi balu setelah kesyahidan suaminya di medan Peperangan Badar, dikahwinkan dengan baginda. Setelah kewafatan Abu Bakar RA, ‘Umar RA dilantik sebagai khalifah kedua atas wasiat Abu Bakar RA dengan memakai gelaran Khalifatul Mukminin. Sepanjang sedekad pemerintahannya, pelbagai kemajuan telah dicapai oleh umat Islam antaranya ialah pengasasan penggunaan kalender Hijrah, pembukaan Baitulmaqdis, Parsi dan Mesir. Beliau seorang yang kuat beribadat dan begitu zuhud walaupun beliau seorang pemimpin umat Islam yang berkuasa, malah beliau amat mementingkan kebajikan umat Islam dan rakyatnya melebihi kepentingan diri dan keluarganya. Beliau syahid dibunuh oleh seorang pemberontak ketika sedang mengimamkan solat berjemaah.

3. ‘Uthman bin ‘Affan RA

Salasilah penuh beliau ialah ‘Uthman bin ‘Affan bin Abi al-‘As bin Umayyah bin ‘Abdu Syams bin ‘Abdul Manaf daripada keluarga kabilah Bani Umayyah. Susurgalur nenek moyang kedua-dua ibu bapanya bertemu dengan moyang Rasulullah SAW yang bernama ‘Abdul Manaf bin Qusay. Beliau berusia lima tahun lebih muda daripada Rasulullah SAW. Beliau terkenal dengan sifat pemalunya sehingga Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa malaikat juga malu dengan beliau. ‘Uthman RA mempunyai hubungan kekeluargaan yang akrab dengan Rasulullah SAW kerana beliau dikahwinkan dengan dua orang puteri baginda. Pertama, beliau dikahwinkan dengan Zainab RA. Selepas Zainab RA meninggal dunia, beliau dikahwinkan pula dengan adiknya, Ummu Kalthum RA. Oleh sebab itu, ‘Uthman RA mendapat gelaran “Zunnurayn” (pemilik dua cahaya).
‘Uthman RA dilantik sebagai khalifah ketiga umat Islam selepas kesyahidan ‘Umar RA melalui pemilihan enam orang calon sahabat dalam Majlis Syura. Enam tahun pertama pemerintahannya, wilayah umat Islam berkembang dengan begitu pesat. Penulisan al-Qur’an juga diseragamkan dari segi dialek Quraisy, (dialek asal bahasa Arab al-Qur’an diwahyukan) dan dikenali sebagai Mushaf ‘Uthmani. Sebanyak enam buah salinan al-Qur’an dibuat, lima buah salinan dihantar ke wilayah-wilayah Islam yang lain sementara sebuah mushaf lagi yang dikenali sebagai Mushaf al-Imam kekal di Madinah, pusat pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin. Enam tahun kedua pemerintahannya diwarnai dengan kegelapan zaman fitnah, apabila golongan munafiq mula menimbulkan fitnah dan huru-hara sehingga menyebabkan ‘Uthman RA syahid dibunuh oleh puak pemberontak.

4. ‘Ali bin Abi Talib RA

‘Ali RA merupakan sepupu Rasulullah SAW belah ayah kerana ayahnya, Abi Talib merupakan ayah saudara baginda. ‘Ali RA merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam dalam kalangan para sahabat. Usia beliau 30 tahun lebih muda daripada Rasulullah SAW. Sejak kanak-kanak lagi, ‘Ali RA merupakan seorang sahabat yang berani. Ketika peristiwa Hijrah, beliau dengan beraninya menawarkan diri tidur di tempat tidur Rasulullah SAW, menyamar sebagai baginda, ketika kaum musyrikin Makkah menyerbu rumah baginda. Disebabkan sejak kecil lagi beliau tidak mahu mengikuti jejak langkah ayahnya dan keluarganya yang lain menyembah berhala, maka ‘Ali RA digelar “Karramallahu wajhahu” (dimuliakan Allah SWT wajahnya). ‘Ali RA juga amat dikenali sebagai seorang sahabat yang berilmu tinggi sehingga Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa baginda umpama ‘bandar ilmu’ dan ‘Ali merupakan ‘pintu masuknya,’ sesiapa yang ingin memasuki ‘bandar’ tersebut perlu melalui ‘pintu masuknya.’
‘Ali dikahwinkan dengan puteri bongsu Rasulullah SAW iaitu Fatimah RA. Melalui perkahwinan tersebut, mereka melahirkan Hasan dan Hussien RA yang merupakan dua orang cucu Rasulullah SAW yang mengembangkan zuriat Ahlul Bayt ke serata dunia. ‘Ali RA dilantik sebagai khalifah keempat umat Islam setelah kesyahidan ‘Uthman RA dalam keadaan fitnah dan huru-hara berleluasa dalam kalangan umat Islam. Beliau syahid dibunuh oleh seorang pemberontak ketika sedang solat di dalam sebuah masjid di Kufah.

5. Talhah bin ‘Ubaidillah RA

Salasilah penuh beliau ialah Talhah bin ‘Ubaidillah bin ‘Uthman bin ‘Amru bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taym bin Murrah daripada keluarga belah ayahnya Bani Taym, kabilah yang sama dengan Abu Bakar as-Siddiq RA, bahkan beliau juga adalah menantu kepada Abu Bakar RA apabila beliau dikahwinkan dengan puteri Abu Bakar RA yang bernama Ummu Kalthum RA. Talhah RA merupakan salah seorang sahabat yang terawal memeluk Islam. Beliau memperjuangkan syi’ar Islam sepenuh hatinya. Ketika Peperangan Uhud, beliau menjadikan badan beliau sendiri sebagai perisai kepada Rasulullah SAW tatkala ramai pejuang musyrikin Makkah menumpukan serangan ke atas baginda kerana tentera Islam dalam keadaan kucar-kacir. Serangan bertubi-tubi tersebut menyebabkan badan beliau penuh dengan luka hirisan pedang-pedang musuh. Rasulullah SAW menggelar Talhah RA sebagai “seorang syahid yang berjalan di muka bumi.”
Talhah RA merupakan salah seorang calon pengganti khalifah yang dicadangkan oleh ‘Umar RA. Ketika ‘Zaman Fitnah’ pada zaman pemerintahan ‘Ali RA, Talhah RA, Zubair RA dan Ummul Mukminin ‘Aisyah RA turut terlibat sama dalam Peperangan Jamal. Zaman tersebut dikenali sebagai ‘Zaman Fitnah’ iaitu suatu zaman dimana khabar angin, kekeliruan dan huru-hara berleluasa apabila golongan munafiq dan pemberontak bercampur dalam kalangan umat Islam ketika itu. Talhah RA syahid terbunuh dalam peperangan tersebut disebabkan panahan sesat sebatang panah beracun.

6. Zubair bin al-‘Awwam RA

Salasilah penuh beliau ialah Zubair bin al-‘Awwam bin Khuwailid bin Asad bin ‘Abdul ‘Uzza bin Qusay daripada keluarga belah ayah kabilah Bani Asad, kabilah yang sama dengan isteri pertama Rasulullah SAW iaitu Khadijah RA, bahkan Zubair RA merupakan anak saudaranya. Zubair RA juga merupakan menantu kepada Abu Bakar as-Siddiq RA apabila beliau dikahwinkan dengan puteri Abu Bakar RA yang bernama Asma’. Anak mereka berdua iaitu ‘Abdullah bin Zubair juga merupakan seorang sahabat Rasulullah SAW. Zubair RA merupakan salah seorang sahabat yang terawal memeluk Islam. Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa Zubair RA adalah hawari (sahabat dan pembantu) baginda. Setiap orang nabi mempunyai golongan hawarinya sendiri seperti 12 orang hawari Nabi Isa AS (lihat Surah Ali ‘Imran, ayat 52), dan hawari Rasulullah SAW adalah Zubair RA.
Zubair RA juga merupakan salah seorang calon khalifah selepas kesyahidan ‘Umar RA. Anaknya, ‘Abdullah RA adalah antara sahabat Rasulullah SAW yang terlibat sama menentang golongan pemberontak pada zaman pemerintahan ‘Uthman RA. Ketika zaman pemerintahan ‘Ali RA sebagai khalifah, Zubair RA bersama Ummul Mukminin ‘Aisyah RA dan Talhah RA terlibat sama dalam peperangan saudara iaitu Peperangan Jamal. Zubair RA syahid dibunuh oleh seorang pemberontak dalam peperangan tersebut.

7. ‘Abdul Rahman bin ‘Auf RA

Salasilah penuh beliau ialah ‘Abdul Rahman bin ‘Auf bin ‘Abdu ‘Auf bin ‘Abd bin al-Harith bin Zuhrah bin Kilab daripada keluarga belah ayah kabilah Bani Zuhrah, kabilah yang sama dengan ibu Rasulullah SAW iaitu Aminah. Nama asalnya ialah ‘Abdu ‘Amru (hamba kepada ‘Amru), setelah beliau memeluk Islam, Rasulullah SAW menukar namanya kepada ‘Abdul Rahman (hamba al-Rahman, salah satu nama Asma’ul Husna Allah SWT). ‘Abdul Rahman RA terkenal sebagai salah seorang sahabat yang kaya-raya disebabkan kepandaian beliau dalam berdagang dan berniaga. Ketika berhijrah ke Yathrib (Madinah), beliau meninggalkan segala harta bendanya demi penghijrahan tersebut. Setelah diberikan bantuan berniaga oleh saudara Ansarnya, maka beliau menjadi peniaga yang kaya-raya semula. Walaupun begitu, beliau seorang yang begitu zuhud dan amat pemurah menginfaqkan hartanya pada jalan Allah.
Selepas kesyahidan ‘Umar RA, ‘Abdul Rahman RA merupakan salah seorang daripada enam orang sahabat yang dicalonkan sebagai pengganti khalifah. Walau bagaimanapun, beliau menolak pencalonan terhadap dirinya dan menawarkan dirinya mempengerusikan Majlis Syura untuk memilih lima orang sahabat yang lain sebagai calon khalifah seterusnya. Hasil daripada mesyuarat tersebut, ‘Abdul Rahman RA membuat keputusan untuk membai’ah ‘Uthman RA sebagai khalifah ketiga umat Islam diikuti oleh para sahabat yang lain. Beliau meninggal dunia ketika zaman pemerintahan ‘Uthman RA.

8. Sa’ad bin Abi Waqqas RA

Salasilah penuh beliau ialah Sa’ad bin Abi Waqqas Malik bin Wuhayb bin ‘Abdu Manaf bin Zuhrah bin Kilab, kabilah belah ayah yang sama dengan ‘Abdul Rahman bin ‘Auf RA iaitu Bani Zuhrah. Beliau merupakan salah seorang golongan as-Sabiqun al-Awwalun iaitu antara 40 orang terawal yang memeluk Islam selepas pengutusan Rasulullah SAW walaupun beliau mendapat tentangan hebat daripada ibunya sendiri. Beliau berjuang bersama-sama Rasulullah SAW dalam kebanyakan peperangan utama dan seorang yang mahir menggunakan senjata memanah. Rasulullah SAW menyatakan bahawa Sa’ad RA merupakan orang pertama yang memanah untuk berjuang pada jalan Allah.
Sa’ad RA merupakan seorang panglima perang yang bertanggungjawab menawan dan membuka wilayah Parsi dalam Peperangan Qaddisiyyah ketika zaman pemerintahan ‘Umar RA. Beliau juga termasuk dalam kalangan enam orang calon khalifah yang dicalonkan bagi menggantikan ‘Umar RA yang syahid dibunuh. Beliau antara sahabat yang mengambil sikap berkecuali ketika Zaman Fitnah yang berlaku ketika zaman ‘Ali RA. Dikatakan beliau mengembangkan syi’ar Islam sehingga ke Tanah Besar China dan kuburnya berada di negara China. Sa’ad RA adalah golongan sahabat Muhajirin yang terakhir meninggal dunia iaitu pada zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan RA. Beliau juga adalah sahabat yang terakhir meninggal dunia dalam kalangan 10 orang sahabat Rasulullah SAW yang dijamin syurga.

9. Sa’id bin Zaid RA

Salasilah penuh beliau ialah Sa’id bin Zaid bin ‘Amru bin Nufayl bin ‘Abdul ‘Uzza bin Ribah bin ‘Abdullah bin Qart bin Razah bin ‘Adi bin Ka’ab, kabilah belah ayah yang sama dengan ‘Umar RA iaitu Bani ‘Adi, bahkan Sa’id RA merupakan adik ipar kepada ‘Umar RA apabila beliau berkahwin dengan adik ‘Umar RA yang bernama Fatimah al-Khattab RA. Bapanya, Zaid bin ‘Amru merupakan salah seorang pengikut ajaran Hanif iaitu ajaran Islam Nabi Ibrahim AS sebelum diselewengkan oleh masyarakat Arab Jahiliyyah ketika itu. Zaid bin ‘Amru meninggal dunia sebelum pengutusan Rasulullah SAW. Sa’id RA meninggal dunia ketika zaman pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufyan RA.

10. Abu ‘Ubaidah al-Jarrah RA

Nama sebenar beliau ialah ‘Amir bin ‘Abdullah bin al-Jarrah bin Rabi’ah bin Hilal bin Uhayb bin Dhabbah bin al-Harith bin Fihir bin Malik daripada keluarga belah ayah kabilah Bani Fihir. Beliau termasuk dalam golongan sahabat terawal yang memeluk Islam. Beliau adalah seorang sahabat yang amat dikenali dengan sifat zuhud dan berkeperibadian mulia. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa setiap umat terdapat seorang pemegang amanah dalam kalangan mereka dan Abu ‘Ubaidah RA merupakan pemegang amanah (Amin) dalam kalangan umat baginda.
Semangatnya dalam mempertahankan Rasulullah SAW paling terserlah ketika dalam Peperangan Uhud. Dalam peperangan tersebut, seutas rantai besi tertusuk pada pipi Rasulullah SAW sehingga mulut baginda berdarah. Abu ‘Ubaidah RA lantas memutuskan rantai besi tersebut dengan giginya sehingga patah beberapa giginya. Ketika peristiwa pembukaan Kota Makkah, beliau merupakan salah seorang panglima perang pasukan tentera Islam.
Ketika zaman pemerintahan ‘Umar RA, Abu ‘Ubaidah RA adalah salah seorang sahabat yang bertanggungjawab membuka wilayah Syam. Beliau terus menetap di sana dan syahid juga ketika zaman pemerintahan ‘Umar RA disebabkan jangkitan wabak penyakit yang melanda penduduk Syam ketika itu, walaupun ‘Umar RA telah berusaha memujuk beliau supaya berpindah keluar daripada wilayah tersebut.
Begitulah sedikit latar belakang ringkas berkenaan kesepuluh-sepuluh orang para sahabat Rasulullah SAW yang dijamin syurga. Keempat-empat orang Khulafa’ ar-Rasyidin termasuk dalam golongan tersebut. Persoalannya, adakah cuma 10 orang sahabat tersebut sahaja yang dijamin syurga? Bagaimana pula dengan para sahabat yang lain? Sebenarnya kesemua mereka yang termasuk dalam golongan sahabat Rasulullah SAW adalah generasi umat baginda yang terbaik. Terdapat banyak hadith lain daripada ucapan Rasulullah SAW sendiri yang menyatakan beberapa orang sahabat baginda yang lain yang dijamin syurga seperti keluarga Yasir (Yasir bin ‘Ammar RA, Sumayyah binti Khayyat RA dan ‘Abdullah bin Yasir RA) yang syahid diseksa, Ja’afar bin Abi Talib RA (Sayyidul Syuhada’), Bilal bin Rabah RA, ‘Ukasya RA, isteri baginda iaitu Ummul Mukminin Khadijah RA dan puteri baginda Fatimah RA.
Kesepuluh-sepuluh orang sahabat Rasulullah SAW tersebut sentiasa bersama-sama baginda dalam keadaan susah dan senang. Mereka sanggup meninggalkan harta benda berhijrah ke Habsyah kemudiannya ke Madinah. Mereka berjuang bersama-sama Rasulullah SAW menentang kaum musyrikin Makkah dan sekutu mereka dalam hampir semua peperangan seperti Badar, Uhud, Khandaq, Tabuk, Hunain dan Khaibar. Mereka menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka seperti kuasa, harta kekayaan, keberanian, keilmuan dan kemahiran mereka dalam menegakkan, mengembangkan dan memperjuangkan syi’ar Islam.
Persoalan lain, bagaimana pula reaksi kesepuluh-sepuluh orang para sahabat tersebut setelah mengetahui bahawa diri mereka tergolong dalam kumpulan sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah SAW? Mereka bersifat zuhud, tidak bermegah diri dan sentiasa berusaha menambah amal ibadat mereka. Perkataan Rasulullah SAW adalah daripada wahyu Allah SWT, oleh itu setiap perkataan baginda adalah benar. Sekiranya dengan perkataan baginda yang memberi jaminan bahawa kesepuluh-sepuluh orang sahabat baginda tersebut dimasukkan ke dalam syurga menjadikan mereka bermegah diri, maka perkataan baginda adalah dusta, ini kerana baginda sendiri pernah bersabda bahawa seseorang itu tidak akan memasuki syurga Allah SWT jika di dalam hatinya ada sekelumit perasaan bongkak, takbur, riak, ujub dan sombong. Ini menunjukkan bahawa perkataan Rasulullah SAW itu benar, tiada nas al-Qur’an dan hadith lain yang menafikannya.
Apa yang penting bagi kita ialah mengetahui sejarah kehidupan kesepuluh-sepuluh orang sahabat Rasulullah SAW tersebut supaya kita boleh mengambil iktibar, contoh dan tauladan serta motivasi kepada diri kita supaya sentiasa berusaha menggunakan segala nikmat dan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita untuk menambah dan menjaga amal soleh, ilmu dan amal jariah buat bekalan menuju syurga Allah SWT di akhirat kelak. Insya Allah. Itulah sebenar-benarnya orang-orang yang berjaya.
Wallahualam.
Kredit/Sumber: thepatriots.asia

 

Ad Placement